Mario Kart Di Tokyo Dapat Sambutan Pelancong, Tetapi Korang Perlu Fikir Sebelum Mencubanya… 0 125

Siapa yang tidak kenal permainan klasik paling popular iaitu Super Mario yang menawarkan corak permainan yang boleh menyebabkan ketagihan untuk memainkannya. Berikutan populariti yang diraihnya, Nintendo telah memperkenalkan pula siri baharu permainan itu dengan Mario Kart yang membawakan corak permainan perlumbaan berasakan go-kart pada tahun 1992.

Walaupun lebih dua dekad permainan Mario Kart ini diperkenalkan, ia tidak pernah dilupakan. Bahkan permainan fantasi yang menghiburkan ini telah diadaptasikan dalam dunia sebenar di Tokyo, Jepun, dengan menggunakan nama MariCAR dan berjaya menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia.

Apa yang menariknya tentang MariCAR ini, anda boleh memandu go-kart dengan enjin 50cc ini di tengah-tengah bandaraya Tokyo yang sibuk dengan trafik. Malah pemandu go-kart itu juga berupaya memilih kostum dari karakter Mario Kart untuk dipakai mereka ketika memandu. Terdapat tiga laluan dengan masa memandu yang berbeza boleh dipilih dan ia akan dikenakan harga bermula dari JPY9,000 (kira-kira RM329) hingga JPY15,000 (kira-kira RM549).


Tetapi sebelum korang mengambil keputusan pergi melancong ke Tokyo semata-mata ingin mencuba MariCAR ini, apa kata korang tengok dahulu fakta berkaitannya terlebih dahulu…

Fakta berkaitan MariCAR:

  • Statistik kecederaan/kemalangan dan juga kerosakan harta benda disebabkan oleh go-kart telah meningkat dengan agak drastik.
  • Lebih kurang 86% kecederaan/kemalangan dan juga kerosakan harta benda ini berpunca daripada pelancong asing.
  • Pelancong dari Amerika Utara merupakan penyumbang statistik tertinggi, diikuti oleh Korea Selatan, China, Taiwan dan Australia.
  • 90% daripada insiden ini disebabkan oleh pemandu go-kart berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an.
  • Kelajuan maksimum go-kart MariCAR ini adalah 37 mp/h atau bersamaan lebih kurang 60 km/h.
  • Undang-undang di Jepun membenarkan pemandu go-kart MariCAR ini untuk tidak memakai helmet.
  • Lesen memandu Jepun atau antarabangsa boleh digunakan untuk menyewa go-kart ini.
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend