Malu Woi! Kalah Dengan Smartphone Tahun 2016! Comments Off on Malu Woi! Kalah Dengan Smartphone Tahun 2016!

Aiseyy, keluar satu berita tak sedap berkenaan Samsung Galaxy S9. Samsung sangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengahari. #tiba2je

Blogger teknologi, Anandtech, terkejut setelah menjalankan ujian benchmark pada model Samsung Galaxy S9 dan S9+ yang dikuasakan cip Exynos 9810. Model terbaru ini kalah dari segenap segi kepada kepada iPhone 8 dan iPhone X dan yang lebih memalukan apabila ia juga kalah kepada model iPhone 7 di dalam 3 komponen ujian. Huishhh kalah dengan model yang keluar tahun 2016 ni yang tak boleh terima, mana nak sorok maruah?

Tetapi kami tertanya-tanya juga jika kelemahan ini sintetik semata-mata dan tidak akan mempengaruhi penggunaan sebenar. Komen Samsung berkenaan isu ini juga tidak begitu meyakinkan apabila mereka berkata ini adalah kerana limitation dan isu firmware yang digunakan pada unit review. Hmmm, kita tunggu je apa perkembangan masalah ni.

Sementara itu, aku lega sebab nasib baik tak jual lagi ginjal aku, fuhhh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend