Malaysia Merupakan Pasaran Global Pertama Perkenal HUAWEI MateBook D 15 Pada Harga RM2,499 Comments Off on Malaysia Merupakan Pasaran Global Pertama Perkenal HUAWEI MateBook D 15 Pada Harga RM2,499

Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI hari ini telah mengumumkan bahawa Malaysia merupakan negara global pertama yang akan menerima kemasukan model komputer riba HUAWEI MateBook D 15 bermula 18 Januari 2020 ini. Dilancarkan secara rasmi di China pada Oktober 2019, HUAWEI MateBook D 15 telah berjaya mendapat maklum balas yang sangat positif dengan penarafan kepuasan yang tinggi.

Direka untuk memenuhi keperluan golongan profesional dan juga pengguna biasa, HUAWEI MateBook D 15 dilihat masih mengekalkan identiti rekaan komputer riba MateBook sebelum ini. Memiliki ukuran 357.8 x 229.9 x 16.9mm, paparan skrin berukuran 15.6 inci FHD pada komputer riba ini menyokong nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 87%, melalui saiz bezel bingkai skrin yang senipis 5.3mm.

HUAWEI MateBook D 15 telah dikuasakan dengan pemproses AMD Ryzen 5 3500U, keupayaan grafik daripada AMD Radeon Vega 8 Graphics, teknologi kipas HUAWEI Shark Fin Fan 2.0, kombinasi storan 256GB SSD serta 1TB HDD,  dan juga memori RAM DDR4 sehingga 16GB. Proses pengecasannya juga lebih pantas dengan sokongan output pengecasan 65W menggunakan sambungan USB Type-C.

Ditawarkan dalam warna Mystic Silver, HUAWEI MateBook D dengan konfigurasi standard 8GB RAM, 256GB SSD dan 1TB HDD akan dijual pada harga RM2,499 bermula 18 Januari 2020 di Malaysia.

Baca juga:

HUAWEI MateBook D 14″ Dan MateBook D 15″ Kini Rasmi Dengan Intel Core Generasi Ke-10

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend