Malaysia Berjaya Rangkul Emas Pertama Untuk Kategori e-Sukan Di Sukan SEA 2019 Comments Off on Malaysia Berjaya Rangkul Emas Pertama Untuk Kategori e-Sukan Di Sukan SEA 2019

Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Filipina telah menyaksikan suatu kelainan apabila buat pertama kalinya e-sukan telah diiktiraf sebagai salah satu kejohanan yang dipertandingkan secara rasmi. Menariknya pemain permainan ‘Hearthstone’ dari Malaysia iaitu WKYew telah berjaya merangkul emas pertama negara, mengalahkan ‘Disdai’ yang merupakan pemain kegemaran untuk permainan ini dengan skor 3-1.

Kejayaan WKYew sememangnya sangat membanggakan kerana berjaya menjadi pemain e-Sukan pertama rangkul emas pertama untuk negara.

WKYew merupakan salah seorang daripada sembilan pemain e-Sukan yang mewakili empat pasukan yang membawakan jenama e-Dompet Boost di kejohanan Sukan SEA. Malah menurut Mohd Khairi Abdullah selaku CEO Boost, kejayaan ini adalah sangat membanggakan terutamanya untuk acara yang julung kali diadakan.

Apa yang menariknya, walaupun mewakili Malaysia untuk permainan ‘Hearthstone’ di Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Filipina, WKYew sebenarnya merupakan Profesor Madya dari Heriot-Watt University. Kejayaan ini turut mendapat perhatian Syed Saddiq selaku Menteri Belia dan Sukan Malaysia, apabila telah memuat naik status di Twitter rasmi miliknya.

Baca juga:

Boost Perkenal Ganjaran Lebih Besar, Pulangan Tunai Dan Perkhidmatan Bayaran Baharu

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend