MAIWP Tawar ‘Bantuan Khas COVID-19’ Untuk Penjaja, Peniaga Kecil Dan Pekerja B40 Yang Terjejas Comments Off on MAIWP Tawar ‘Bantuan Khas COVID-19’ Untuk Penjaja, Peniaga Kecil Dan Pekerja B40 Yang Terjejas

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) baru-baru ini telah mengumumkan Bantuan Khas COVID-19 sebagai satu usaha untuk membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Bantuan ini akan diberikan kepada penjaja, peniaga kecil dan juga pekerja B40 yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh sukar ini.

Syarat permohonan ‘Bantuan Khas COVID-19’:

  1. Menetap di Wilayah Persekutuan
  2. Bukan merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal.
  3. Pendapatan terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Individu yang layak kini boleh membuat membuat permohonan secara atas talian di laman sesawang rasmi https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/.

Untuk maklumat lanjut tentang ‘Bantuan Khas COVID-19’ dan juga senarai talian WhatsApp rasmi, sila layari https://www.maiwp.gov.my/.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend