Main PUBG Di Rumah Sebab realme Sediakan Hadiah Terkumpul RM10000 – Kejohanan Bermula 28 April Ini Comments Off on Main PUBG Di Rumah Sebab realme Sediakan Hadiah Terkumpul RM10000 – Kejohanan Bermula 28 April Ini

realme Malaysia bakal mengadakan kejohanan PUBG Mobile selama tiga hari bermula 28 April hingga 30 April 2020. Kejohanan ini merupakan yang pertama kali dianjurkan oleh realme Malaysia istimewa kepada anda di luar sana dalam menunjukkan bakat masing-masing.

Para peserta berpeluang merebut hadiah terkumpul sebanyak RM10 ribu yang mana peserta juara akan membawa pulang wang tunai RM2500 berserta sebuah telefon pintar realme 6.

Hadiah pertandingan:

  • JUARA – RM2500 + realme 6
  • Pemenang Pertama – RM1500
  • Pemenang ke-2 – RM1000
  • Pemenang ke-3 – RM800
  • Tempat ke-5 – RM600
  • Tempat ke-6 – RM550
  • Tempat ke-7 – RM500
  • Tempat ke-8 – RM450
  • Tempat ke-9 – RM400
  • Tempat ke-10 – RM350
  • Tempat ke-11 – RM300
  • Tempat ke-12 – RM250
  • Tempat ke-13 hingga ke-16 – RM200

Pendaftaran untuk ‘realme 6 Tournament’ dibuka sekarang hingga 27 April 2020. Peserta yang disenarai pendek akan dihubungi sebelum kejohanan bermula. Sebanyak 64 pusingan dijadualkan berlangsung yang mana pertarungan pertama pada 28 April , jam 10.30 pagi.

Bagi yang berminat, anda boleh daftar diri di sini. Untuk makluman, ia dibuka kepada individu dan bukan secara berkumpulan. Ia adalah Solo Match!

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend