Linksys Menjanjikan Sambungan Internet Lebih Lancar dan Stabil Dengan Sistem WiFi Velop Tri/Dual Band Comments Off on Linksys Menjanjikan Sambungan Internet Lebih Lancar dan Stabil Dengan Sistem WiFi Velop Tri/Dual Band

Apabila berada di dalam ruang yang besar ataupun ruang yang telah dipisahkan dengan dinding, sambungan Internet di dalam rumah mahupun pejabat akan berhadapan dengan sambungan Internet yang lemah. Lebih memburukkan ia mungkin akan menyebabkan sambungan terputus apabila anda menggunakan peranti di dalam bilik yang agak jauh dari penghala WiFi.

Linksys Velop Tri Band

Bagi mengatasi isu tersebut, Linksys baru-baru ini telah melancarkan dua produk terbaharunya iaitu Linksys Velop Tri Band dan juga Linksys Velop Dual Band untuk pengguna di negara ini. Sistem WiFi modular yang disokong oleh Velop Tri Band ini boleh dipasang dalam pelbagai konfigurasi jaringan yang memastikan sambungan Internet yang lebih menyeluruh di setiap ruang.

Linksys Velop Dual Band

Manakala Velop Dual Band pula merupakan sistem WiFi yang lebih kecil dan lebih murah sebagai sistem WiFi fleksibel yang pertama di dunia. Melalui sokongan Velop Tri Band AC2200, ataupun Velop Dual Band AC1300 akan bertindak sebagai penghala tambahan yang akan memastikan sambungan WiFi yang lebih lancar dan stabil.

Harga dan Ketersediaan:
Sistem WiFi Mesh Linksys Velop Tri Band dan Sistem WiFi Mesh Linksys Velop Dual Band (tersedia dalam 1 pek, 2 pek dan 3 pek) dan ia ditawarkan pada harga seperti berikut:

  • Velop Tri Band Mesh WiFi AC6600 3 pek (# WHW0303) – RM1,988
  • Velop Tri Band Mesh WiFi AC4400 2 pek (# WHW0302) – RM1,488
  • Velop Tri Band Mesh WiFi AC2200 1 pek (# WHW0301) – RM798
  • Velop Dual Band Mesh WiFi AC3900 3 pek (# WHW0103) – RM1,118
  • Velop Dual Band Mesh WiFi AC2600 2 pek (# WHW0102) – RM778
  • Velop Dual Band Mesh WiFi AC1300 1 pek (# WHW0101) – RM398

Untuk melanggan Linksys Shield, bayaran bulanan adalah RM20.90 atau yuran langganan tahunan sebanyak RM204.90. Sistem WiFi Mesh Linksys Velop Tri Band dan Linksys Velop Dual Band boleh didapati di semua kedai Harvey Norman di seluruh negara, Lazada, Shopee dan Viewnet di Plaza Low Yat. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.linksys.com/my/velop/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend