Lima Lagi Model Huawei Dan Honor Akan Menerima Android 9.0 Pie Versi Beta Comments Off on Lima Lagi Model Huawei Dan Honor Akan Menerima Android 9.0 Pie Versi Beta

Sebelum ini Huawei dan honor telahpun mengumumkan penerimaan Android 9.0 Pie versi beta untuk empat model keluaran mereka iaitu Huawei Mate 10 Pro, Huawei P20, honor 10 dan juga honor view 10 pada awal bulan Ogos 2018 yang lalu.

Nampaknya hari ini Huawei dan honor telah mengesahkan lima lagi model akan menyertai program pengujian Android 9.0 Pie versi beta ini untuk percubaan dalaman. Apa yang pasti, pemilihan kelima-lima peranti itu dilihat merupakan model flagship yang sememangnya popular dikalangan peminat kedua-dua jenama ini. Berikut adalah lima model yang terlibat:

  • Huawei Mate 10
  • Huawei Mate 10 Porsche Design
  • Huawei P20 Pro
  • Huawei Mate RS Porsche Design
  • honor Play

Berdasarkan daripada pendedahan nombor model yang dikongsikan, kesemua peranti yang tersenarai merupakan varian yang dijual untuk pasaran di China sahaja. Apa yang pasti, Huawei P20 Pro sebelum ini telah disahkan bakal menjadi model pertama dari Huawei yang akan menerima kemas kini Android Pie versi stabil bermula September nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend