LG W10, W30 Dan W30 Pro Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di India Untuk Segmen Telefon Pintar Bajet Comments Off on LG W10, W30 Dan W30 Pro Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di India Untuk Segmen Telefon Pintar Bajet 324

LG hari ini telah mengadakan majlis pelancaran rasmi di India dengan memperkenalkan tiga model telefon pintar baharunya iaitu daripada siri ‘LG W’ iaitu LG W10, LG W30, dan juga LG W30 Pro.

Berbanding dengan model telefon pintar keluaran LG sebelum ini, siri LG W ini tampil dengan rekaan tipikal yang sering digunakan pada kebanyakan telefon pintar lain di pasaran. Disasarkan untuk segmen telefon pintar bajet, ketiga-tiga model baharu daripada LG ini dilengkapi dengan sokongan antaramuka asli Android 9.0 Pie, skrin HD+, pengimbas cap jari di belakang, dan juga bateri berkapasiti 4000 mAh.

LG W10 yang merupakan varian paling rendah ini menyediakan paparan skrin berukuran 6.19 inci HD+, kombinasi memori 3GB + 32GB dengan slot kad microSD, kamera depan 8MP pada rekaan takuk yang agak besar. Ia menjanjikan sokongan penggambaran dwi kamera beresolusi 13MP + 5MP, dan telah dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio P22 yang sama seperti LG W30.

LG W30 pula memiliki paparan skrin lebih besar berukuran 6.26 inci HD+, dengan menggunakan rekaan takuk jenis Dot FullVision’ yang menempatkan kamera depan beresolusi 16MP. Berbeza dengan rekaan panel belakang LG W10 yang tampil dalam rekaan unibodi, LG W30 kelihatan lebih premium menggunakan panel belakang yang dipisahkan daripada kerangka sisi. Malah ia turut dilengkapi tiga kamera beresolusi 12MP (Sony IMX486) + 13MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Depth sensor).

LG W30 Pro dilihat mengekalkan rekaan dan juga resolusi kamera depan yang sama seperti LG W30, tetapi ia telah dikuasakan dengan cipset yang berbeza iaitu daripada Qualcomm Snapdragon 632. Selain itu, varian tertinggi dari siri LG W ini juga turut menerima sokongan spesifikasi lebih baik dengan konfigurasi memori 4GB + 64GB, dan juga tiga kamera beresolusi 13MP + 8MP (Ultra Wide Angle) tanpa isu herotan + 5MP (Depth sensor).

Harga dan ketersediaan:

  • LG W10 akan dijual pada harga Rs8,999 (~RM539) bermula 3 Julai 2019 (Tulip Purple, Smokey Grey)
  • LG W30 akan dijual pada harga Rs9,999 (~RM599) bermula 3 Julai 2019 (Aurora Green, Thunder Blue, Platinum Grey)
  • LG W30 Pro – harga dan tarikh jualan akan diumumkan pada masa akan datang

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend