LG Umum Peranti Android One Pertamanya Dengan Sokongan Snapdragon 835 – LG G7 One Comments Off on LG Umum Peranti Android One Pertamanya Dengan Sokongan Snapdragon 835 – LG G7 One 657

Hari ini LG secara mengejut telah mengumumkan kehadiran peranti pertama keluarannya iaitu LG G7 One yang dioperasikan dengan platform Android One. Berbeza dengan kebanyakan peranti Android One sedia ada di pasaran, LG G7 One boleh dikategorikan sebagai peranti flagship sama seperti Nokia 8 Sirocco kerana dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 835.

LG G7 One turut menjanjikan paparan skrin moden dengan rekaan takuk berukuran 6.1 inci QHD+ (3120 x 1440 piksel), speaker stereo Boombox yang dilengkapi ciri 32-bit HiFi Quad DAC, RAM 4GB, ruang storan 32GB, dan turut didatangkan dengan slot kad microSD. Manakala untuk penggambaran pula, ia menyokong kamera hadapan 8MP (f/1.9) dan satu kamera utama beresolusi 16MP (f/1.6).

Sebagaimana kebanyakan peranti Android One yang lain, kapasiti bateri yang agak kecil iaitu hanya 3000 mAh. Sungguhpun begitu, ia menjanjikan ketahanan lebih baik dengan sokongan ciri kalis air dan debu dengan pengiktirafan IP68.

Buat masa ini LG masih belum mendedahkan harga jualan rasmi untuk model LG G7 One dan ia akan didedahkan kepada umum di dalam acara IFA yang akan berlangsung pada 31 Ogos hingga 5 September 2018 nanti.

Spesifikasi LG G7 One:

  • Android 8.1 Oreo (Android One)
  • Qualcomm Snapdragon 835
  • 4GB + 32GB (microSD)
  • 6.1 inci FullVision Super Bright Display IPS LCD
  • 3120 x 1440 piksel (19.5:9)
  • Kamera utama: 16MP (f/1.6)
  • Kamera hadapan: 8MP (f/1.9)
  • 3000 mAh (Quick Charge 3.0)
  • IP68
  • Butang dedikasi Google Assistant
  • 153.2 x 71.9 x 7.9mm / 156g
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend