LG Q9 Dengan Sokongan Snapdragon 660 Bakal Dilancarkan Untuk Segmen Kelas Pertengahan Comments Off on LG Q9 Dengan Sokongan Snapdragon 660 Bakal Dilancarkan Untuk Segmen Kelas Pertengahan

*Gambar sekadar hiasan

Walaupun populariti LG dilihat semakin tenggelam untuk pasaran tempatan, jenama ini sebenarnya masih mampu bertahan di pasaran global dengan penawaran pelbagai model terbarunya. Jika pada minggu lepas model LG Q7 telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran India, kali ini satu lagi model terbarunya iaitu LG Q9 dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Melalui maklumat yang tertiris di Twitter baru-baru ini, LG Q9 akan disasarkan untuk segmen pasaran kelas pertengahan memandangkan ia akan dioperasikan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 660. Selain sokongan pemproses yang sama seperti Xiaomi Mi A2, ia juga dipercayai akan dikuasakan dengan antaramuka Android 8.1 Oreo, dan juga bateri berkapasiti 3550 mAh.

LG Q9 yang buat masa ini masih lagi kekal misteri turut dikatakan akan diperkenalkan dalam dua varian berbeza iaitu 4GB + 32GB dan juga 4GB + 64GB. Setakat ini tiada maklumat rasmi berhubung tarikh pelancaran ataupun harga jualan LG Q9.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend