LG InstaView ThinQ Dengan Mesin Pembuat Ais Sfera Terbina Kini Diperkenalkan Comments Off on LG InstaView ThinQ Dengan Mesin Pembuat Ais Sfera Terbina Kini Diperkenalkan

Peti sejuk merupakan peralatan elektrik yang wajib ada di setiap rumah. Kini, peti sejuk bukan sahaja berfungsi sebagai tempat menyimpan makanan tetapi pada masa sama membawa pelbagai ciri menarik yang memudahkan pengguna.

Bersempena dengan pameran elektronik CES 2020, LG hari ini telah memperkenalkan peti sejuk terbaru dengan fungsi pintar yang dinamakan LG InstaView.

LG InstaView dilengkapi panel gelas lutisinar yang membolehkan anda melihat ruang simpanan dalaman tanpa perlu membukanya. Panel ini lebih canggih apabila ia juga boleh digunakan sebagai skrin untuk melihat resipi ataupun menonton video.

Anugerah Inovasi CES 2020 yang dimenangi LG InstaView turut memperlihatkan keupayaannya menghasilkan ketulan ais berbentuk sfera melalui teknologi yang pertama seumpamanya di dunia yang dipanggil Craft Ice.

Menurut LG, ais berbentuk sfera mengambil masa yang lama untuk ianya cair malah ais sebesar dua inci ini juga mampu menjadikan minuman tampak lebih menarik lebih-lebih lagi semasa dihidangkan kepada tetamu.

LG InstaView berteknologi ThinQ generasi kedua kini berupaya memantau inventori makanan di dalam peti sejuk mengikut masa sebenar. Selain itu, ia mampu mencadangkan hidangan makanan kepada anda berdasarkan bahan yang disimpan.

Jika anda menyimpan bahan seperti telur, peti sejuk ini akan mencadangkan opsyen kepada anda untuk membuat pesanan sekiranya bilangan telur semakin berkurangan.

LG InstaView 2020 dengan sokongan skrin 22-inci dan WiFi kini berada di pasaran Amerika Syarikat dan akan diedarkan ke pasaran global tidak lama lagi. Namun tiada tanda harga diumumkan buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend