LG gram Diperkenalkan Dengan Rekaan Kompak, Ringan, Berkuasa, Dan Bateri Tahan Lama Comments Off on LG gram Diperkenalkan Dengan Rekaan Kompak, Ringan, Berkuasa, Dan Bateri Tahan Lama

LG Electronics hari ini telah memperkenalkan LG gram, siri komputer riba terbaru yang direka untuk gaya hidup masa kini. LG gram hadir dalam empat varian iaitu dengan skrin 17-inci, 15.6-inci, 14-inci, dan 14-inci 2-in-1 yang mana kesemuanya dikuasakan pemproses Intel Core Generasi ke-10.

Direka untuk tahun 2020, komputer riba ini menawarkan empat aspek utama iaitu ringan, kompak, bateri tahan lama, dan juga berprestasi. Sistem grafik pula dipadankan Iris Plus dan memori pula menyokong sehingga 24GB RAM DDR4 dwi-saluran. Melaluinya, pengguna bebas untuk melakukan sebarang tugas termasuklah menyunting gambar ataupun video 4K.

LG gram (varian 17-inci dan 15.5-inci) menawarkan ketahanan bateri yang panjang menerusi kuasa bateri sebesar 80Wh. Ia juga menyokong sambungan WiFi 6 dengan sistem penyejukan yang dinamakan Mega Cooling System untuk mengekalkan tahap prestasi pada tahap optimum.

LG belum mengumumkan tarikh ketersediaan LG gram mahupun tanda harga yang ditawarkan. Bagaimanapun mereka ada menyenaraikan spesifikasi untuk keempat-empat model.

  LG gram 17

(17Z90N)

LG gram 15

(15Z90N)

LG gram 14

(14Z90N)

LG gram 2-in-1

(14T90N)

Saiz paparan 17-inch 15.6-inch 14-inch 14-inch
LCD WQXGA (2560 x 1600) IPS, Over sRGB 96% Full HD (1920 x 1080) IPS, Over sRGB 96% Full HD (1920 x 1080) IPS, Over sRGB 96% HD penuh (1920 x 1080)

IPS dengan Touch, Corning® Gorilla® Glass 6

Nisbah 16:10 16:9 16:9 16:9
Berat 1350g (2.98lbs) 1120g (2.47lbs) 999g (2.2lbs) 1145g (2.52lbs)
Dimensi 380.6 x 262.6 x 17.4mm

(14.98 x 10.34 x 0.69 inci)

357.6 x 225.3 x 16.8mm

(14.08 x 8.87 x 0.66 inci)

323.4 x 209.8 x 16.8mm

(12.73 x 8.26 x 0.66 inci)

324.6 x 210.8 x 17.9mm
(12.78 x 8.3 x 0.7 inci)
Bateri 80Wh 80Wh 72Wh 72Wh
CPU 10th Gen Intel®

Core™ Processor

10th Gen Intel®

Core™ Processor

10th Gen Intel®

Core™ Processor

10th Gen Intel®

Core™ Processor

GPU Intel® Iris® Plus Graphics

Intel® UHD Graphics

Intel® Iris® Plus Graphics

Intel® UHD Graphics

Intel® Iris® Plus Graphics

Intel® UHD Graphics

Intel® UHD Graphics
Memori Sehingga 24GB

(DDR4 3200MHz,

1 on board + 1 slot)

Sehingga 24GB

(DDR4 3200MHz,

1 on board + 1 slot)

Sehingga 24GB

(DDR4 3200MHz,

1 on board + 1 slot)

Sehingga 16 GB

(DDR4 2666MHz,

1 on board + 1 slot)

Storan M.2 Dual SSD slots

(NVMeTM)

M.2 Dual SSD slots

(NVMeTM)

M.2 Dual SSD slots

(NVMeTM)

M.2 Dual SSD slots

(NVMeTM)

Warna White, Dark Silver White, Dark Silver White, Dark Silver White, Dark Silver
Papan kekunci Backlit Backlit Backlit Backlit
Port I/O ThunderboltTM 3

(USB Type-C),

USB 3.1 x 3, HDMI, microSD/UFS, DC-In

HP/Mic Out (Combo)

ThunderboltTM 3

(USB Type-C),

USB 3.1 x 3, HDMI, microSD/UFS, DC-In

HP/Mic Out (Combo)

ThunderboltTM 3

(USB Type-C),

USB 3.1 x 2, HDMI, microSD/UFS, DC-In

HP/Mic Out (Combo)

ThunderboltTM 3

(USB Type-C),

USB 3.1 x 2, HDMI,

microSD, DC-In

HP/Mic Out (kombo)

USP Pengimbas cap jari,
US Military Standard

810G Compliance,

DTS X Ultra, Wi-Fi 6

Pengimbas cap jari,
US Military Standard

810G Compliance,

DTS X Ultra, Wi-Fi 6

Pengimbas cap jari,
US Military Standard

810G Compliance,

DTS X Ultra, Wi-Fi 6

Pengimbas cap jari,
US Military Standard

810G Compliance,

DTS X Ultra, Wi-Fi 6

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend