LG G8 Dipercayai Akan Menggunakan Teknologi Speaker Dalam Skrin Bagi Menggantikan Earpiece Comments Off on LG G8 Dipercayai Akan Menggunakan Teknologi Speaker Dalam Skrin Bagi Menggantikan Earpiece

Samsung sebelum ini pernah berkongsi bahawa mereka akan memperkenalkan teknologi speaker dalam skrin (Sound on Display) pada peranti keluarannya, dan baru-baru ini LG juga dipercayai bakal mengikuti trend itu untuk telefon pintarnya.

Menurut OnLeaks, ada sumbernya yang telah berkongsi bahawa LG akan menggunapakai teknologi speaker dalam skrin untuk telefon pintarnya iaitu model LG G8. Bahkan LG juga telah dilaporkan akan memperkenalkan peranti demo dengan sokongan teknologi itu di dalam acara CES 2019 pada 9 Januari nanti.

Speaker dalam skrin (Screen on Display / SoD) bukanlah satu teknologi yang baru kerana Xiaomi Mi MIX pernah menggunakannya pada tahun 2016 yang lalu.

Sebenarnya teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telahpun diperkenalkan pada telefon pintar dan juga televisyen keluaran Xiaomi, Sharp, Sony dan juga Vivo. Jadi diharapkan sokongan teknologi ini pada LG G8 ini bakal membawakan satu rekaan yang lebih unik apabila diperkenalkan nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend