LG G7 ThinQ Hadir Dengan Fungsi Untuk Menyembunyikan Takuk Seperti Siri Huawei P20 Tetapi Lebih Istimewa Comments Off on LG G7 ThinQ Hadir Dengan Fungsi Untuk Menyembunyikan Takuk Seperti Siri Huawei P20 Tetapi Lebih Istimewa

Rekaan skrin dengan kehadiran takuk sememangnya sangat tidak digemari oleh sesetengah pengguna, tetapi ia tidak menjadi masalah untuk pengeluar peranti Android kerana mereka lebih bebas untuk membuat kelainan pada antaramuka yang digunakan.

Jika sebelum ini Huawei ada memperkenalkan fungsi untuk menyembunyikan takuk pada menu tetapannya, nampaknya LG G7 ThinQ juga turut menawarkan fungsi yang sama tetapi ia dilihat lebih menarik kerana menyokong beberapa ciri tambahan. Selain boleh menyembunyi rekaan takuk pada skrin, pengguna juga berupaya memilih warna yang akan digunakan pada bahagian tersebut.

Selain itu, ia juga turut menyokong fungsi App corners yang membolehkan pengguna untuk memilih rekaan sudut pada bar hitam yang akan digunakan pada takuk berkenaan. Penawaran ciri tambahan sebegini secara tidak langsung boleh memberikan kelainan berbanding peranti yang lain.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend