LG G7 ThinQ Akan Dilancarkan Pada 2 Mei 2018 – Sokong Qualcomm Snapdragon 845 Dan RAM 4GB Comments Off on LG G7 ThinQ Akan Dilancarkan Pada 2 Mei 2018 – Sokong Qualcomm Snapdragon 845 Dan RAM 4GB

Baru-baru ini rekaan penuh LG G7 ThinQ dari pelbagai sudut telah tertiris di Internet, dan hari ini satu lagi maklumat baru yang diterima berhubung sokongan spesifikasi penting model terbaru dari LG ini.

Melalui pangkalan data keputusan ujian benchmark Geekbench, LG G7 ThinQ yang turut dikenali sebagai model LGE LM-G710 ini telah memperlihatkan prestasinya dengan skor sebanyak 2,312 poin untuk ujian CPU single-core dan juga 8,979 poin untuk ujian CPU multi-core. Keputusan yang agak memberangsangkan ini berjaya dicapai melalui sokongan Qualcomm Snapdragon 845 yang merupakan antara pemproses yang paling berkuasa di pasaran buat masa ini.

Apa yang sedikit mengecewakan adalah LG G7 ThinQ ini dilihat masih lagi dioperasikan dengan Android 8.0 Oreo dan bukannya versi yang lebih terkini iaitu Android 8.1 Oreo. Selain itu, sokongan RAM yang disokong juga boleh dianggap antara yang paling kecil untuk flagship iaitu hanya 4GB.

Tetapi mungkin LG akan memperkenalkan lebih banyak varian untuk model ini memandangkan sebelum ini ada khabar angin yang mengatakan LG G7 ThinQ akan diperkenalkan dengan kombinasi 64GB + RAM 6GB, dan juga 128GB + RAM 6GB. Benar atau tidak, terpaksalah kita nantikan majlis pelancarannya pada 2 Mei 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend