LG G7 (Neo) Tampil Berkuasa Dengan Qualcomm Snapdragon 845 0 164

Walaupun LG telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memperkenalkan model flagship keluarannya pada bulan Jun 2018 nanti, ada satu kejutan yang telah dilihat pada acara MWC 2018 di Barcelona baru-baru ini.

Ada sumber yang hadir pada acara terbesar itu telah berjaya mendedahkan satu projek peranti yang telah dihentikan oleh LG iaitu LG G7 (Neo) bagi memberi laluan kepada projek baharu yang dikenali dengan sebagai ‘Judy’. Melalui perkongsian gambar dan juga video, LG G7 (Neo) telah dikuasakan dengan pemproses paling berkuasa dari Qualcomm iaitu Snapdragon 845. Model ini juga turut ditawarkan dalam dua ruang storan berbeza iaitu 64GB/RAM 4GB dan juga 128GB/RAM6GB.

Keupayaan penggambaran peranti ini telah diperhebatkan oleh teknologi kamera AI (Kecerdasan Buatan) dengan sokongan dwi lensa beresolusi 16 Megapiksel (f/1.6) + 16 Megapiksel (f/1.9). Manakala lensa hadapannya pula menyokong lensa beresolusi 8 Megapiksel dengan sudut luas. Selain itu ia juga turut dilengkapi ciri kalis air dan debu dengan pengiktirafan IP68 dan juga bateri yang agak kecil iaitu hanya 3000 mAh.

Di sebalik kehebatan spesifikasi yang disokong oleh LG G7 (Neo) ini, rekaan paparan skrin sentuhnya mungkin sedikit menimbulkan kontroversi kerana hadir dengan takuk mirip seperti iPhone X. Sungguhpun begitu, kualiti paparannya tidak mengecewakan kerana saiz skrin berukuran 6.0 inci ini hadir dengan sokongan resolusi QHD+ (3120 x 1440 piksel) serta nisbah paparan 19.5:9.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend