LG G7 Fit Dengan Sokongan Snapdragon 821 Dan Skrin QHD+ Diperkenalkan Untuk Segmen Kelas Pertengahan Comments Off on LG G7 Fit Dengan Sokongan Snapdragon 821 Dan Skrin QHD+ Diperkenalkan Untuk Segmen Kelas Pertengahan 791

Selain mengumumkan kemunculan peranti Android One pertama keluarannya dengan model LG G7 One, LG juga turut dilihat memperkenalkan satu lagi model terbarunya untuk pasaran kelas pertengahan iaitu LG G7 Fit. Dengan menjanjikan sokongan spesifikasi yang agak baik, LG G7 Fit dijangka akan dijual pada harga yang lebih mampu milik.

LG G7 Fit dilengkapi paparan skrin Super Bright Display LCD berukuran 6.1 inci dengan resolusi QHD+ (3120 x 1440 piksel) yang memiliki takuk sama seperti LG G7 One. Namun begitu ia tidak dioperasikan dengan platform Android One, sebaliknya hadir dengan sokongan Android 8.1 Oreo.

Berbeza dengan G7 One, LG G7 Fit hanya dikuasakan dengan pemproses flagship tahun 2016 iaitu Qualcomm Snapdragon 821. Ia dikombinasikan dengan RAM 4GB, dua pilihan ruang storan 32GB atau 64GB, kamera hadapan 8MP (f/1.9), kamera utama 16MP (f/2.2), bateri berkapasiti 3000 mAh, IP68, speaker stereo Boombox, dan juga Quick Charge 3.0.

LG G7 Fit akan turut didedahkan kepada umum secara rasmi dalam acara IFA 2018 nanti dan buat masa ini tarikh serta harga jualannya masih lagi belum diketahui.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend