LG Electronics Sumbang Penapis Udara LG PuriCare Bernilai RM82,000 Kepada Petugas Hospital Serdang Comments Off on LG Electronics Sumbang Penapis Udara LG PuriCare Bernilai RM82,000 Kepada Petugas Hospital Serdang

LG Electronics Malaysia telah menyumbang penapis udara LG PuriCare™ kepada Hospital Serdang dalam usaha memberikan keselesaan dan udara yang bersih kepada petugas barisan hadapan hospital. Penapis udara LG PuriCare™ ini dilengkapi dengan teknologi penapis HEPA bergred industri dan Plasma Ionizer.  Penyerahan sumbangan ini telah diterima oleh Yang Berusaha Dr Rohana binti Johan, Pengarah Hospital Serdang dan Nurul Insyirah Mohd Ishah, Pegawai Perhubungan Awam Hospital Serdang.

Kim Kyutae, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia berkata, “Sebagai warganegara korporat di Malaysia, sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan kami kepada petugas barisan hadapan perubatan yang bertungkus lumus bekerja tanpa henti di saat rakyat Malaysia memerlukan mereka. Melihat situasi sekarang, kami memahami bahawa pihak hospital dan para petugas amat memerlukan pertolongan dan sokongan. Itu sebabnya kami di LG Electronics ingin menyumbangkan penapis udara untuk ditempatkan di ruangan istirehat doktor dan juga ruangan rehat kakitangan. Kami berharap bahawa penapis udara ini membantu dalam memberi keselesaan serta dapat membersihkan udara dalaman di sekeliling mereka.”

Tambah Kim lagi, “Dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia baru-baru ini, kami ingin mengingatkan rakyat Malaysia untuk membantu dalam menghentikan penularan virus dengan memandang serius terhadap saranan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjauhkan diri dari berada di tempat tumpuan ramai, menjaga jarak antara satu sama lain dan memastikan udara dalaman anda kekal bersih dan segar.”

Keputusan LG untuk menyumbangkan pembersih udara terbaru mereka ke Hospital Serdang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan adalah sejajar dengan pendekatan pengeluar barangan rumah ini dalam menghasilkan ‘Teknologi yang Peduli’ (Technology that Cares).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend