LG Akan Umum TV 8K Dengan Sokongan Pemproses AI Generasi Baharu Dalam Acara CES 2020 Comments Off on LG Akan Umum TV 8K Dengan Sokongan Pemproses AI Generasi Baharu Dalam Acara CES 2020

LG Electronics yang sememangnya terkenal sebagai salah satu daripada jenama yang menawarkan pengalaman tontonan 8K sebenar, baru-baru ini telah mengumumkan akan hadir dengan barisan TV 8K terbaharunya menjelang acara CES 2020 yang akan berlangsung pada minggu depan.

Bersempena tahun 2020, LG akan memperluaskan tawaran TV 8K keluarannya dengan kemunculan lapan model iaitu LG SIGNATURE OLED (model 88″/77″ OLED ZX), LG NanoCell TV (model 75″/65″ Nano99, 75″/65″ Nano97, 75″/65″ Nano95). Menariknya kesemua lapan model ini melebihi definisi rasmi industri 8K Ultra HD yang ditetapkan oleh Persatuan Teknologi Pengguna (CTA) dengan pengiktirafan TÜV Rheinland.

 

Tidak cukup dengan itu, TV 8K LG ini juga akan menyokong ciri AI Picture Pro menggunakan pemproses α9 Gen 3 yang berupaya mengenal pasti wajah serta teks pada skrin, talaan lebih halus untuk menghasilkan ton warna kulit yang lebih semulajadi, ciri wajah yang jelas, dan juga tulisan yang lebih mudah untuk dibaca.

LG AI Sound Pro pula berupaya menganalisa dan mengklasifikasikan kandungan audio di antara lima kategori utama iaitu muzik, filem, sukan, drama ataupun berita. Sokongan profil audio berbeza ini menjanjikan pengalaman bunyi yang lebih optimum ketika menonton. Ini ditambah lagi dengan sokongan efek bunyi keliling 5.1.

TV 8K model 2020 keluaran LG ini akan didedahkan kepada umum dalam acara CES 2020 yang akan berlangsung pada 7 hingga 10 Januari 2020 ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend