Lesen Sementara HUAWEI Dilanjutkan Lagi Selama Tiga Bulan Sehingga Februari 2020 Comments Off on Lesen Sementara HUAWEI Dilanjutkan Lagi Selama Tiga Bulan Sehingga Februari 2020 165

Lesen sementara yang diberikan oleh kerajaan AS kepada HUAWEI untuk kali kedua telahpun tamat pada hari ini. Menurut berita terkini, Jabatan Perdagangan AS telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa lesen tersebut akan dilanjutkan untuk tiga bulan lagi, menjadikan ia kali ketiga selepas lesen sementara dikeluarkan pada bulan Mei lalu.

Sepanjang tempoh tiga bulan yang akan berakhir pada 16 Februari 2020, HUAWEI dan firma di AS boleh mengadakan urus niaga seperti biasa. Kerajaan AS mengatakan ia diberikan atas tujuan untuk melancarkan operasi rangkaian sedia ada iaitu 3G dan 4G kepada pembekal mudah alih, termasuklah daripada segi bekalan peralatan dan sistem keselamatan siber.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend