Lenovo Z6 Disahkan Hadir Dengan Snapdragon 730, 8GB RAM Dan Sokongan Tiga Kamera Sony Comments Off on Lenovo Z6 Disahkan Hadir Dengan Snapdragon 730, 8GB RAM Dan Sokongan Tiga Kamera Sony 385

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa jenama Lenovo yang sebelum ini pernah popular di kalangan pengguna telefon pintar tempatan, dilihat semakin dilupakan. Namun itu tidak bermaksud Lenovo tidak lagi hadir dengan kemunculan model terbaharunya di pasaran kerana sebelum ini ia telahpun melancarkan model Lenovo Z6 Pro dan juga Lenovo Z6 Youth Edition.

Lenovo nampaknya bakal memperkenalkan satu lagi model baharu daripada varian itu iaitu Lenovo Z6 yang akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi. Setakat ini, Lenovo bukan sahaja telah mendedahkan imej acah untuk model tersebut, tetapi beberapa spesifikasi awal peranti ini juga telah berjaya didedahkan.

Tampil dengan nombor model Lenovo L78121, beberapa spesifikasi awal yang disokong oleh Lenovo Z6 telah berjaya didedahkan kepada umum. Setakat ini ia telah disahkan akan dioperasikan oleh Android 9.0 Pie, dikuasakan dengan cipset terbaru daripada Qualcomm Snapdragon 730, memiliki RAM berkapasiti 8GB, teknologi pengecasan pantas 18W, dan juga menyokong tiga kamera menggunakan sensor imej daripada Sony.

Lenovo Z6 juga dipercayai akan diperkenalkan dalam dua warna pilihan iaitu biru dan coklat, namun begitu tiada maklumat lanjut berhubung tarikh pelancaran ataupun harga jualannya setakat ini.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend