Lenovo Z5 Pro Memperlihatkan Rekaan Skrin Tanpa Takuk Dengan Gelongsor Manual Comments Off on Lenovo Z5 Pro Memperlihatkan Rekaan Skrin Tanpa Takuk Dengan Gelongsor Manual

Lenovo sebelum ini telah melancarkan model Lenovo Z5 secara rasmi di China pada awal bulan Jun yang lalu. Namun begitu kehadiran model ini sedikit mengecewakan kerana skrinnya hadir dengan rekaan takuk yang agak besar, walaupun jangkaan awal mengatakan ia menyokong paparan skrin penuh tanpa takuk.

Baru-baru ini Naib Presiden Kumpulan Lenovo iaitu Chang Cheng telah mula mendedahkan video pendek yang memperlihatkan sebuah peranti misteri dengan rekaan gelongsor. Walau bagaimanapun model itu telah disahkan sebagai Lenovo Z5 Pro, apabila sebuah video mula tertiris di Internet.

Melalui perkongsian video itu, Lenovo Z5 Pro dilihat menyokong rekaan skrin penuh tanpa takuk kerana komponen penting seperti lubang earpiece, sensor dan juga kamera hadapan telah disembunyikan di sebalik panel belakangnya. Apa yang pasti rekaan gelongsor manual ini kelihatan sama seperti model Xiaomi Mi MIX 3 dan juga Honor Magic 2.

Buat masa ini tiada sebarang pendedahan berhubung spesifikasi mahupun tarikh pelancaran Lenovo Z5 Pro diperolehi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend