Lenovo Z5 Hadir Dengan Rekaan Skrin Penuh Tanpa Takuk Atau Bezel Akan Diperkenalkan Pada Jun 2018 Comments Off on Lenovo Z5 Hadir Dengan Rekaan Skrin Penuh Tanpa Takuk Atau Bezel Akan Diperkenalkan Pada Jun 2018

Jika kebanyakan peranti Android di pasaran mula mempraktikkan telefon pintar dengan rekaan paparan skrin bertakuk, nampaknya Lenovo lebih cenderung untuk tidak menjadi pengikut tetapi ia lebih selesa untuk menjadi sebagai perintis.

Menurut tweet yang dikongsikan oleh @VenyaGeskin1Lenovo akan memperkenalkan sebuah telefon pintar dengan rekaan skrin penuh tanpa kehadiran takuk atau bezel melalui model terbarunya iaitu Lenovo Z5. Dengan nisbah rekaan skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 95%, Lenovo Z5 dipercayai akan mula diperkenalkan kepada umum pada bulan Jun 2018 nanti.

Melalui dakwaan yang dibuat oleh Naib Presiden Lenovo iaitu Chang Cheng, Lenovo Z5 dengan rekaan skrin penuh ini akan membawakan empat teknologi yang pertama seumpamanya pada telefon pintar dan 18 teknologi baharu yang telah dipatenkan. Namun begitu buat masa ini tiada pendedahan yang dibuat berhubung perkara ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend