Lenovo Z5 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Sokongan Snapdragon 636 Dan Memiliki Takuk Pada Skrin Comments Off on Lenovo Z5 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Sokongan Snapdragon 636 Dan Memiliki Takuk Pada Skrin

Pelbagai khabar angin telah dikongsikan di Internet berhubung model terbaru Lenovo Z5 kerana ia berjaya menarik perhatian banyak pihak apabila dikatakan hadir dengan sokongan paparan skrin penuh dan juga memori dalaman mencecah sehingga 4TB. Nampaknya segala teka-teki tentang Lenovo Z5 sudah terjawab apabila ia dilancarkan secara rasmi di China hari ini.

Agak mengecewakan kerana rekaan Lenovo Z5 telah disahkan hadir dengan rekaan takuk yang agak besar pada bahagian atas skrin berukuran 6.2 inci FHD+ (2246 x 1080 piksel) untuk menempatkan lubang earpiece, sensor dan juga kamera hadapan beresolusi 8 Megapiksel dengan sokongan AI. Malah bahagian bawah skrin juga turut kelihatan sokongan bezel yang agak besar saiznya.

Panel belakangnya pula tersedia dengan dwi kamera beresolusi 16 Megapiksel + 8 Megapiksel dengan keupayaan penggambaran AI. Pada bahagian ini turut menempatkan sensor pengimbas cap jari di atas permukaan panel kaca. Lenovo Z5 juga dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636, kapasiti RAM 6GB, dan juga pilihan ruang storan 64GB ataupun 128GB.

Dioperasikan oleh antaramuka ZUI 4.0 berasaskan Android 8.0 Oreo, Lenovo Z5 menjanjikan ketahanan bateri berkapasiti 3300 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W melalui port USB Type-C. Ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Black, Aurora dan Blue, ia akan dijual pada harga CNY1,299 (kira-kira RM806) untuk varian 64GB + RAM 6GB, dan CNY1,399 (kira-kira RM868) untuk carian 128GB + RAM 6GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend