Lenovo Mengacah Telefon Permainan Dengan Skor AnTuTu Lebih 600,000 Comments Off on Lenovo Mengacah Telefon Permainan Dengan Skor AnTuTu Lebih 600,000

Lenovo bakal merealisasikan hasrat mereka untuk menyertai arena telefon permainan tidak lama lagi selepas dua poster acah merujuk kepada peranti tersebut mula tersebar.

Melihat pada poster, Lenovo mendakwa telefon permainan mereka berjaya memperoleh skor AnTuTu melebihi 600,000 poin. Jika benar, skor ini boleh memecah rekod sedia ada yang dipegang oleh ROG Phone II.

Poster kedua pula memperlihatkan peranti dikuasakan cip pemproses paling berkuasa setakat ini iaitu Qualcomm Snapdragon 865 yang kita sedia tahu SoC-nya menyertakan modem 5G.

Terdahulu, Lenovo difahamkan mahu tampil dengan jenama Legion untuk telefon pintar permainan pertama mereka. Namun begitu, tiada kepastian lagi bilakah ia akan dilancarkan secara rasmi.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend