Lenovo Legion Bakal Menjadi Telefon Pintar Dengan Pengecasan Terpantas 90W Comments Off on Lenovo Legion Bakal Menjadi Telefon Pintar Dengan Pengecasan Terpantas 90W

Sebelum ini Lenovo telah mengumumkan akan hadir dengan telefon pintar gaming pertamanya melalui kemunculan siri Lenovo Legion. Selain pernah mendedahkan koleksi aksesori eksklusifnya, Lenovo Legion juga dikhabarkan akan tampil dengan sokongan pengecasan pantas 55W.

Ternyata Lenovo telah membuat kejutan terbaharu apabila telah mendedahkan bahawa Lenovo Legion akan menjadi telefon pintar dengan sokongan pengecasan terpantas di dunia iaitu mencecah 90W.

Menurut Lenovo, angka tersebut bukanlah kombinasi teknologi pengecasan berwayar, pengecasan tanpa wayar dan juga pengecasan berbalik, tetapi angka itu merujuk kepada pengecasan berwayar yang akan disokongnya.

Sebelum ini imej pengolokan Lenovo Legion telahpun tertiris dan ia juga dipercayai akan tersedia dengan sokongan bateri berkapasiti 5050mAh. Buat masa ini tarikh pelancaran peranti ini masih lagi belum didedahkan.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend