Lenovo Lancar S5 Pro, K5 Pro Dan K5s Dengan Sokongan Dwi Kamera Hadapan Dan Belakang Comments Off on Lenovo Lancar S5 Pro, K5 Pro Dan K5s Dengan Sokongan Dwi Kamera Hadapan Dan Belakang

Bertempat di Beijing, China, Lenovo telah melancarkan tiga model baharu keluarannya iaitu Lenovo S5 Pro dan K5 Pro yang disasarkan untuk segmen kelas pertengahan. Manakala model Lenovo K5s pula disasarkan untuk segmen kelas mampu milik dengan harga jualan yang lebih rendah. Apa yang istimewanya, ketiga-tiga model yang diperkenalkan ini tampil dengan sokongan dwi kamera hadapan dan juga belakang.

Lenovo S5 Pro:

  • ZUI 5.0 (Android 8.1 Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 636
  • 6GB RAM + 64GB/128GB
  • 6.26 inci IPS LCD FHD+ (2240 x 1080 piksel)
  • Nisbah paparan 18.7:9
  • Kamera utama: 12MP (1.5 micron, f/1.8) + 20MP (2x zum optikal, f/2.6)
  • Kamera hadapan: 20MP + 8MP (sokong kamera IR untuk Face Unlock)
  • 3500 mAh (USB-C, pengecasan pantas 18W)

Lenovo S5 Pro akan ditawarkan dalam dua varian iaitu 6GB + 64GB yang akan dijual pada harga CNY1,298 (kira-kira RM778), manakala varian 6GB + 128GB pula boleh dimiliki dengan harga CNY1,398 (kira-kira RM838). Terdapat tiga warna pilihan untuk model ini iaitu biru, emas dan juga hitam.

Lenovo K5 Pro:

  • ZUI 5.0 (Android 8.1 Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 636
  • 4GB/6GB RAM + 64GB/128GB
  • 6.0 inci IPS LCD FHD+ (2160 x 1080 piksel)
  • Nisbah paparan 18:9
  • Kamera utama: 16MP + 5MP (True 3D Blur Engine)
  • Kamera hadapan: 16MP + 5MP (sokong LED flash)
  • 4050 mAh (pengecasan pantas 18W)

Lenovo K5 Pro pula tersedia dalam tiga varian iaitu 4GB + 64GB yang dijual pada harga CNY998 (kira-kira RM598), varian 6GB + 64GB berharga CNY1,098 (kira-kira RM658), dan varian tertinggi iaitu 6GB + 128GB pula boleh dimiliki dengan harga CNY1,298 (kira-kira RM778). Dua warna boleh dipilih iaitu hitam dan juga emas.

Lenovo K5s:

  • ZUI 5.0 (Android 8.1 Oreo)
  • MediaTek MTK6762 Helio P22
  • 4GB RAM + 64GB
  • 5.7 inci IPS LCD HD+ (1440 x 720 piksel)
  • Nisbah paparan 18:9
  • Kamera utama: 13MP (f/2.2) + 5MP (f/2.4)
  • Kamera hadapan: 13MP (f/2.2) + 5MP (f/2.4)
  • 3000 mAh (pengecasan 10W)

Lenovo K5s yang hadir dalam satu varian sahaja akan dijual pada harga CNY798 (kira-kira RM478) dan ia tersedia dalam dua warna pilihan iaitu hitam dan biru. Apa yang menariknya, dengan harga jualan tersebut ia masih mampu menawarkan rekaan panel kaca yang premium dan juga spesifikasi mengikut trend.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend