Lenovo Dipercayai Akan Memperkenalkan Telefon Pintar Dengan Sokongan Empat Kamera Pada Oktober Ini Comments Off on Lenovo Dipercayai Akan Memperkenalkan Telefon Pintar Dengan Sokongan Empat Kamera Pada Oktober Ini

Ketika telefon pintar dengan sokongan dwi kamera pertama diperkenalkan, ramai di antara pengguna yang agak skeptikal dan mempersoalkan apakah rasional di sebalik pengenalan fungsi penggambaran tersebut. Tetapi kini perkara itu dilihat sebagai satu kemestian untuk pengeluar dan ia sudahpun diterima oleh orang ramai.

Imej poster yang dikongsikan oleh Naib Presiden Lenovo, Chang Cheng, di Weibo baru-baru ini.

Malah jika diperhatikan semula pada trend pengeluar pada masa sekarang, ia menjadi seakan-akan satu perlumbaan untuk tampil dengan sokongan lebih banyak kamera. Jika sebelum ini Huawei telah mengesahkan sokongan empat kamera pada Mate 20 dan Mate 20 Pro yang akan dilancarkan tidak lama lagi, kini Lenovo juga turut mendedahkan perkara yang sama.

Sebelum ini Chang Cheng juga pernah berkongsi imej awal Lenovo Z5 Pro yang tampil dengan rekaan skrin penuh.

Melalui Weibo, Naib Presiden Lenovo iaitu Chang Cheng telah berkongsi satu imej poster yang memaparkan imej rekaan empat kamera dengan keupayaan penggambaran AI (Kecerdasan Buatan) yang akan dilancarkan pada Oktober nanti. Buat masa ini ia masih lagi kekal misteri, tetapi berkemungkinan peranti yang dimaksudkan ini adalah model Lenovo Z5 Pro yang pernah didedahkan awal bulan September.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend