Lenovo Dan Qualcomm Mempamerkan Prototaip Komputer Riba 5G Pertama Di Dunia, Akan Diperkenalkan Pada Tahun 2020 Comments Off on Lenovo Dan Qualcomm Mempamerkan Prototaip Komputer Riba 5G Pertama Di Dunia, Akan Diperkenalkan Pada Tahun 2020

Bersempena dengan acara Computex 2019, Lenovo dengan kerjasama Qualcomm telah mendedahkan komputer riba pertama di dunia hadir dengan sokongan teknologi 5G. Dioperasikan dengan Windows 10, usahasama antara Lenovo dan Qualcomm ini merupakan peringkat awal untuk ‘Project Limitless’ yang memfokuskan kepada penghasilan PC dengan keupayaan 5G.

Komputer riba prototaip ini sebenarnya merupakan rekaan semula daripada model Yoga C630, tetapi kini tampil dengan rekaan bezel nipis dan juga menerima penambahbaikan perkakasan. Ini termasuklah SoC Qualcomm Snapdragon 8cx dan juga modem X55 5G.

Snapdragon 8cx merupakan cip ARM 7nm yang dilaporkan mampu menawarkan prestasi lebih baik berbanding Intel Core i5 dalam senario tertentu. Selain itu komputer riba prototaip ini turut dilengkapi modem 5G yang dijangka akan mula ditawarkan di pasaran menjelang tahun 2020 nanti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend