Lenovo Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Dengan Sokongan Tiga Kamera – TENAA Comments Off on Lenovo Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Dengan Sokongan Tiga Kamera – TENAA

Dalam diam-diam, Lenovo bakal hadir dengan telefon pintar pertamanya dengan sokongan tiga kamera pada masa akan datang. Berita ini telah disahkan kesahihannya selepas sebuah peranti misteri yang telah dibangunkan oleh Lenovo mula kelihatan di dalam laman rasmi TENAA di China.

Walaupun  buat masa ini tiada maklumat berhubung spesifikasi mahupun nama model berjaya didedahkan, imej yang dikongsikan telah memperlihatkan sokongan tiga kamera dengan susunan lensa mirip seperti Huawei P20 Pro. Panel belakang peranti ini dipercayai diperbuat daripada kaca dengan penyediaan sensor pengimbas cap jari di tengah-tengahnya.

Panel skrin peranti misteri ini juga mungkin menampilkan rekaan takuk kecil mirip seperti titisan air kerana kedudukan kamera hadapannya terletak pada bahagian tengah. Memandangkan tiada banyak yang dapat dikongsikan, nantikan kemas kini artikel berkaitan peranti misteri Lenovo ini pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend