Lembu Tenusu Rusia Ini Pakai Peranti VR Untuk Susu Lebih Banyak Comments Off on Lembu Tenusu Rusia Ini Pakai Peranti VR Untuk Susu Lebih Banyak

Seiring dengan arus teknologi, sektor perladangan dan penternakan juga semakin moden dengan adanya robot-robot di barisan pengeluaran. Di Rusia, teknologi VR telah digunakan dalam industri penternakan lembu tenusu. Pelik tapi benar, lembu-lembu ini akan dipakaikan peranti VR di kepala mereka dipercayai untuk melancarkan proses ketika memerah susu.

Penyelidik di sana mendapati dengan menggunakan peranti VR, lembu boleh menghasilkan kuantiti susu yang lebih banyak. Dekat sebuah ladang berdekatan Moscow, para penternak telah mencuba alat VR prototaip pada lembu mereka. Alat ini telah diubah suai mengikut bentuk kepala yang selesa untuk dipakai oleh lembu-lembu tersebut.

Beberapa kandungan visual telah dimasukkan ke peranti VR ini antaranya ialah pemandangan padang yang luas untuk menenangkan minda lembu semasa proses pemerahan susu dilakukan. Menurut Ministry of Agriculture and Food of the Moscow Region, lembu hanya boleh melihat visual yang memaparkan gabungan warna merah dan tona warna lemah hijau dan biru.

Penyelidik menyatakan semasa ujian pertama dilakukan, lembu-lembu tersebut menunjukkan penurunan kebimbangan malah pada masa sama menunjukkan perkembangan mood yang baik sepanjang ia memakai peranti VR ini.

Walaubagaimanapun, kementerian di sana tidak mengeluarkan sebarang komen tentang kaedah ini sama ada ia akan digunakan secara komersial ataupun tidak pada masa akan datang.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend