Lelaki Berusia 77 Tahun Disaman Kerana Bermain Pokemon Go Ketika ‘Lockdown’ Comments Off on Lelaki Berusia 77 Tahun Disaman Kerana Bermain Pokemon Go Ketika ‘Lockdown’

Hampir kebanyakan negara di seluruh dunia kini sedang mengambil pendekatan Kawalan Perintah Pergerakan atau lockdown. Namun begitu kedegilan sesetengah individu sememangnya sukar difahami, dan ini apa yang berlaku di Sepanyol.

Seorang lelaki berusia 77 tahun baru-baru ini telah disaman oleh pihak berkuasa selepas dia ditahan kerana berkeliaran di luar semata-mata mahu bermain Pokemon Go.

Lelaki itu didapati telah melanggar arahan lockdown untuk tempoh dua minggu yang dikeluarkan oleh kerajaan Sepanyol, bermula 14 Mac yang lalu.

Setakat hari ini, Sepanyol merupakan negara yang mencatatkan kadar kematian kedua tertinggi selepas Itali. Malah Perdana Menteri Sepanyol telah memaklumkan mahu melanjutkan tempoh lockdown itu sehingga 11 April.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend