Lebih Ramai Pemilik Pixel 4 Dan Pixel 4 XL Berhadapan Isu Pengecaman Wajah Selepas Kemas Kini Baharu Comments Off on Lebih Ramai Pemilik Pixel 4 Dan Pixel 4 XL Berhadapan Isu Pengecaman Wajah Selepas Kemas Kini Baharu

Sejak mula dijual di pasaran pada hujung Oktober 2019 yang lalu, ada sahaja pemilik peranti Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL melaporkan isu yang dihadapi dengan peranti tersebut. Antara isu yang dihadapi termasuklah masalah imbangan warna pada kamera, kadar segar semula 90Hz yang hanya diaktifkan apabila keterangan skrin disetkan ke 75% ke atas, dan beberapa isu lain lagi.

Kini satu lagi isu terbaharu telah dilaporkan oleh pemilik siri Pixel 4, yang mana peranti mereka gagal menjalankan proses pengecaman wajah. Menurut pengguna yang berhadapan dengan itu itu, proses reboot juga tidak mampu menyelesaikan isu tersebut. Bahkan proses pengecaman wajah masih gagal walaupun selepas peranti diaktifkan dalam mod selamat (Safe Mode).

Isu ini dikatakan mula terjadi sejak November 2019 yang lalu, tetapi semakin ramai pemilik peranti itu mula melaporkan masalah yang sama selepas mereka mengemaskinikan Pixel 4 dan Pixel 4 XL ke versi kemas kini Januari 2020 yang baru diterima Isnin lepas.

Ada sesetengah pemilik memaklumkan bahawa proses tetapan semula kilang (factory reset) telah berjaya menyelesaikan isu pengecaman wajah itu, manakala sesetengah pemilik dilihat masih lagi menantikan penyelesaian isu tersebut dalam versi kemas kini baharu nanti.

Siri Google Pixel 4 tidak lagi tersedia dengan sensor pengimbas cap jari.

Sama seperti iPhone, Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL kini tidak lagi dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari, dan mereka bergantung kepada fungsi biometrik pengecaman wajah sahaja untuk mengakses peranti ini.

sumber 1, sumber 2

Baca juga:

Google Janji Kemas Kini Untuk Atasi Isu Pengecaman Wajah Ketika Mata Tertutup Pada Siri Pixel 4

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend