Lebih 30 Juta Unit Redmi Note 8 Dan Redmi Note 8 Pro Terjual Di Seluruh Dunia Sejak Dilancarkan Comments Off on Lebih 30 Juta Unit Redmi Note 8 Dan Redmi Note 8 Pro Terjual Di Seluruh Dunia Sejak Dilancarkan

Xiaomi Malaysia sebelum ini telahpun melancarkan dua model popularnya iaitu Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro di negara ini pada bulan Oktober tahun lepas. Walaupun sudah lebih setengah tahun berada di pasaran, siri Redmi Note 8 masih lagi menjadi pilihan pengguna tempatan.

Populariti siri Redmi Note 8 ini bukan sahaja di Malaysia, tetapi ia juga mendapat sambutan di seluruh dunia, dan ini terbukti dengan rekod jualan global melebihi 30 juta unit untuk model Redmi Note 8 dan juga Redmi Note 8 Pro.

Rekod jualan siri Redmi Note 8 ini telah dikongsikan oleh Xiaomi melalui ciapan di Twitter rasmi miliknya, dan angka jualan itu diperolehi setakat 18 April 2020. Ini bermakna rekod jualannya sudah tentu akan terus meningkat setakat artikel ini ditulis.

Di Malaysia, Xiaomi baru sahaja mengumumkan harga jualan baharu untuk model Redmi Note 8 Pro dan juga Redmi Note 8 yang kini masing-masing diturunkan sebanyak RM100.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend