Lebih 1000 Unit realme 6i Berjaya Terjual Dalam Jualan Pertama Di Shopee Comments Off on Lebih 1000 Unit realme 6i Berjaya Terjual Dalam Jualan Pertama Di Shopee

realme Malaysia telah melancarkan model realme 6i yang hadir dengan sokongan cipset MediaTek Helio G80, skrin sebesar 6.5 inci HD+, kuad kamera dengan lensa utama 48MP, dan juga bateri 5000 mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Dijual secara eksklusif di Shopee bermula tengah malam pada 23 April 2020, realme 6i varian 3GB + 64GB telah ditawarkan pada harga hanya RM599 berbanding harga asal RM699.

Tawaran harga yang kompetitif itu telah berjaya menyaksikan lebih 1000 unit realme 6i berjaya dijual dalam jualan pertamanya. Bahkan realme Malaysia telah mengumumkan akan menambah stok realme 6i dalam kuantiti terhad dalam masa terdekat ini.

Selain realme 6i 3GB + 64GB, realme Malaysia juga akan menawarkan varian 4GB + 128GB pada harga RM899 di semua pengedar sah di seluruh negara bermula esok (25 April 2020).

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend