Lebih 10 Juta Unit Siri Huawei P30 Berjaya Diedarkan Dalam Tempoh 85 Hari Selepas Dilancarkan Comments Off on Lebih 10 Juta Unit Siri Huawei P30 Berjaya Diedarkan Dalam Tempoh 85 Hari Selepas Dilancarkan 259

Sewaktu Huawei memperkenalkan cipset Kirin 980 di dalam persidangan yang berlangsung dalam acara IFA 2018 di Berlin, mereka telah mengumumkan bahawa siri Huawei P20 telah berjaya mencapai lebih daripada 10 juta unit pengedaran di seluruh dunia – sekaligus berjaya mencatatkan rekod.

Ternyata tahun ini memperlihatkan satu lagi rekod baharu untuk Huawei, apabila siri Huawei P30 sekali lagi berjaya mempamerkan kejayaan lebih baik. Di dalam acara MWC Shanghai 2019, Huawei telah mengumumkan bahawa bahawa siri Huawei P30 telah berjaya menyaksikan pengedaran lebih 10 juta unit untuk tempoh yang lebih singkat iaitu hanya 85 hari sahaja (kurang 3 bulan).

Huawei P30
Huawei P30 Pro

Sebagai rujukan, siri Huawei P20 sebelum ini mencapai angka tersebut dalam tempoh 147 hari (hampir 5 bulan), manakala siri Huawei Mate 20 pula mengambil masa lebih kurang 4 bulan setengah untuk mencatatkan angka pengedaran yang sama.

Keupayaan penggambaran pada siri Huawei P30 adalah antara yang terbaik boleh anda miliki di pasaran buat masa ini.

Menurut He Gang selaku Ketua Bahagian Telefon Pintar Huawei, berdasarkan kepada maklum balas yang diterima daripada penggunanya, siri Huawei P30 mendapat pujian kerana menjanjikan hasil gambar yang baik, menyokong ketahanan bateri yang lama dengan teknologi pengecasan yang pantas, dan juga pengoperasian sistem operasi yang lancar.

Miliki siri Huawei P30 hanya di Huawei Online Official Store dan dapatkan sarung pelindung percuma:

Baca juga:

Rasmi: HUAWEI Malaysia Umum Tarikh Ketersediaan EMUI 9.1 Untuk Semua Peranti

Jualan Telefon Pintar Global Keluaran Huawei Dilaporkan ‘Pulih Dengan Cepat’ – CEO Huawei

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend