Lebih 1 Juta Unit Samsung Galaxy Fold Telah Berjaya Dijual Di Seluruh Dunia Sejak September Lalu Comments Off on Lebih 1 Juta Unit Samsung Galaxy Fold Telah Berjaya Dijual Di Seluruh Dunia Sejak September Lalu

Selain HUAWEI dan Royole, Samsung merupakan antara pengeluar terawal hadir dengan telefon pintar yang menampilkan rekaan skrin boleh lipat iaitu Samsung Galaxy Fold. Malah buat masa ini ia merupakan satu-satunya jenama yang berjaya memasarkan peranti dengan skrin boleh lipat itu untuk pasaran global.

Ternyata harga jualan yang agak tinggi, tidak menjadi penghalang untuk mencatatkan jualan yang baik apabila Samsung telah mengumumkan lebih 1 juta unit Galaxy Fold telah berjaya terjual sejak hujung September yang lalu. Walaupun telefon pintar dengan skrin boleh lipat ditawarkan pada harga yang sangat tinggi, penawaran peranti sebegini dilihat masih mampu menerima sambutan yang positif.

Malah sebelum ini Samsung turut dilaporkan telah menyasarkan untuk menjual sehingga 6 juta unit telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat pada tahun 2020 nanti.

sumber

Baca juga:

[Ulasan] Samsung Galaxy Fold, Rekaan Menawan Tapi Terlalu Manja

Samsung Malaysia Buka Pra-tempahan Galaxy Fold Mulai 9 Oktober Ini – RM8388

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend