Pra-Pendaftaran Permainan ‘League of Legends: Wild Rift’ Kini Dibuka Untuk Peranti Android Comments Off on Pra-Pendaftaran Permainan ‘League of Legends: Wild Rift’ Kini Dibuka Untuk Peranti Android

Tidak dinafikan bahawa permainan MOBA merupakan sebuah permainan mudah alih yang sangat diminati oleh kebanyakan pemilik telefon pintar. Ini jelas dapat dibuktikan melalui sambutan terhadap Mobile Legends: Bang Bang dan juga Arena of Valor.

Nampaknya peminat permainan PC paling popular iaitu League of Legends boleh memainkan semula karakter kegemaran mereka pada peranti mudah alih ataupun konsol menjelang tahun 2020 nanti. Diumumkan sendiri oleh pembangun Riot Games yang dimiliki oleh Tencent, permainan yang dibangunkan khusus untuk peranti tersebut akan dikenali sebagai ‘League of Legends: Wild Rift’.

This slideshow requires JavaScript.

Walaupun versi mudah alih ini masih mengekalkan corak permainan dan juga karakter yang sama seperti versi PC, Riot Games dikatakan telah membangunkan semula permainan ini dari awal bagi disesuaikan dengan platform Android, iOS dan juga konsol. Malah ia juga akan turut menyokong skim kawalan menggunakan pad permainan, peta baharu dan juga masa permainan yang lebih singkat antara 15 hingga 20 minit.

Menariknya pemilik peranti Android sudahpun boleh membuat pra-pendaftaran untuk mendapatkan notifikasi sebaik sahaja permainan ini boleh dimuat turun secara rasmi.

Tonton trailer rasmi ‘League of Legends: Wild Rift’:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend