Leagoo S11 Dan S12 Turut Diperkenalkan Buat Pertama Kali Dalam Acara MWC 2019 Comments Off on Leagoo S11 Dan S12 Turut Diperkenalkan Buat Pertama Kali Dalam Acara MWC 2019 348

Jika sebelum ini kita sering disajikan dengan pengenalan pelbagai peranti terbaru daripada jenama popular di dalam acara MWC 2019 yang berlangsung di Barcelona, nampaknya jenama yang pernah menembusi pasaran tempatan iaitu Leagoo turut tidak melepaskan peluang untuk tampil dengan model terbaharunya.

Leagoo turut mempamerkan pelbagai produk keluarannya termasuk model S11 dan S12 dalam acara MWC 2019.

Leagoo telah memperkenalkan dua model dengan kemunculan Leagoo S11 dan juga Leagoo S12 yang telah dioperasikan dengan Android 9.0 Pie. Leagoo S11 dilihat menawarkan skrin penuh berukuran 6.3 inci HD+ (1520 x 720 piksel) dengan rekaan takuk kecil jenis titisan air yang turut menempatkan kamera swafoto beresolusi 8MP.

Leagoo S11

Leagoo S11 juga telah dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio P22, pilihan ruang storan 4GB + 64GB atau 4GB + 128GB, dwi kamera utama  beresolusi 12MP + 2MP, dan juga bateri berkapasiti 3300 mAh.

Manakala Leagoo S12 pula menjanjikan rekaan yang lebih moden dengan sokongan skrin penuh IPS LCD berukuran 6.4 inci HD+ (1520 x 720 piksel) yang menggunakan rekaan lubang kamera di dalam skrin yang dikenali sebagai ‘FullView O-Display’. Kedudukan lubang kamera yang berada di tengah-tengah bahagian atas paparan skrin itu tersedia dengan kamera swafoto beresolusi 20MP ataupun 5MP bergantung kepada pasarannya.

Leagoo S12

Cipset yang disokongnya juga ditawarkan dalam dua pilihan berbeza iaitu MediaTek Helio P23 dengan memori 6GB + 64GB ataupun Helio A22 dengan memori 2GB + 16GB. Sama seperti Leagoo S11, Leagoo S12 juga menyokong sensor pengimbas cap jari pada panel belakangnya. Selain itu ia turut menyokong kapasiti bateri lebih besar mencecah 4000 mAh.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend