Leagoo S10 Disahkan Hadir Dengan Panel AMOLED, Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Dan Helio P60 Comments Off on Leagoo S10 Disahkan Hadir Dengan Panel AMOLED, Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Dan Helio P60

Leagoo bukanlah satu jenama telefon pintar yang asing lagi di negara ini kerana ia ada dijual secara rasmi dengan penawaran model seperti Leagoo Shark 1 dengan bateri 6300 mAh, dan juga Leagoo Venture 1 dengan rekaan ala Vertu pada tahun lepas.

Leagoo S10 dilengkapi dengan ciri keselamatan biometrik menggunakan pengimbas cap jari pada skrin.

Kini Leagoo bakal hadir dengan satu lagi model terbarunya yang menawarkan sokongan spesifikasi dan juga fungsi yang lebih terkini dengan kehadiran Leagoo S10. Model baharu ini didakwa sebagai peranti terbaik yang pernah diperkenalkan oleh Leagoo kerana ia akan dilengkapi dengan paparan AMOLED bertakuk yang menyokong ciri pengimbas cap jari pada skrin.

Selain menyokong skrin AMOLED dengan rekaan takuk, Leagoo S10 turut menyokong ciri pengecasan tanpa wayar.

Walaupun spesifikasi Leagoo S10 masih lagi belum didedahkan sepenuhnya, Leagoo baru-baru ini telah mengesahkan penggunaan pemproses MediaTek Helio P60 dengan sokongan AI melalui imej acah yang telah dikongsikan di laman Facebook rasminya. Selain itu, Leagoo S10 ini juga turut membawakan storan 64GB dan juga RAM 6GB.

Leagoo S10 akan dilancarkan pada September 2018 nanti di Indiegogo.

Bersempena dengan kempen pra-pelancaran Leagoo S10, pengguna terawal yang mendaftar untuk mengikuti laman Leagoo S10 di Indiegogo akan ditawarkan potongan diskaun sebanyak 20% untuk memiliki peranti ini. Malah pengguna bertuah akan turut berpeluang memenangi Leagoo S10 secara percuma.

Daftar email anda untuk menikmati diskaun 20%: Indiegogo

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend