Lazada Raikan Ulang Tahun Ke-6 Dengan Menawarkan Diskaun Sehingga 90% – Bermula 25 April Hingga 27 April 2018 Comments Off on Lazada Raikan Ulang Tahun Ke-6 Dengan Menawarkan Diskaun Sehingga 90% – Bermula 25 April Hingga 27 April 2018

Sempena meraikan ulang tahun yang ke-6, Lazada telah mengadakan jualan murah dengan diskaun mencecah sehingga 90% untuk pelbagai produk yang dijual di dalam laman membeli-belah atas talian itu. Untuk tempoh 3 hari iaitu bermula hari ini (25 April 2018) hingga 27 April 2018 nanti, Lazada turut menawarkan pelbagai tawaran menarik seperti hadiah percuma, baucar dan juga sesi jualan kilat pada tempoh masa tertentu.

Lebih menariknya, Lazada turut memperkenalkan fungsi baharu untuk aplikasi tersebut dengan sokongan Chat Now yang membolehkan pembeli untuk berbual secara terus dengan penjual. Malah penyediaan Lazada Wallet juga menjanjikan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan dalam masa yang sama turut menawarkan 10% pulangan tunai kepada pembeli.

Sokongan fungsi Shake Shake juga memberikan keseronokan ketika membeli-belah menggunakan aplikasi Lazada pada telefon pintar. Pembeli hanya perlu menggoncangkan telefon pintar mereka pada jam 1.30 petang dan 8 malam setiap hari, sepanjang sambutan ulang tahun ini berlangsung bagi mendapatkan baucar hebat yang ditawarkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend