Laporan Sulung Kedudukan Rangkaian Akses Radio 5G Didedahkan – HUAWEI Catat Pencapaian Kukuh Comments Off on Laporan Sulung Kedudukan Rangkaian Akses Radio 5G Didedahkan – HUAWEI Catat Pencapaian Kukuh 322

Tahun 2019 ini telah memperlihatkan lebih banyak negara yang telah mula memperkenalkan rangkaian Internet berkelajuan tinggi generasi kelima atau lebih dikenali sebagai 5G. Memandangkan ia merupakan rangkaian yang masih baru, penganalisa data popular iaitu GlobalData buat pertama kalinya telah berkongsi laporan sulung berkaitan 5G RAN (Rangkaian Akses Radio) daripada pengeluar berbeza.

Berdasarkan laporan tersebut, GlobalData telah mengasingkan empat penunjuk utama yang perlu dicapai oleh operator mudah alih, iaitu termasuklah kapasiti jalur asas, portfolio unit radio, kemudahan pemasangan, dan juga evolusi teknologi yang digunakan. Melalui panduan yang telah ditetapkan itu, 5G RAN yang diperkenalkan oleh HUAWEI telah berjaya mencatatkan keupayaan keseluruhan yang sangat kukuh dengan berjaya mencapai skor penuh bagi setiap kategori.

Selain itu Ericsson juga dilihat telah berjaya mencapai skor penuh bagi kategori kemudahan pemasangan frekuensi radio (RF), manakala Nokia pula turut mencatatkan skor penuh bagi kategori portfolio unit radio yang ditawarkan. Menurut Ed Gubbins selaku penganalisa utama di GlobalData, fasa awal pengkomersialan pasaran 5G RAN adalah yang paling kompetitif, dan ia bakal menerajui pelaburan pada masa akan datang.

5G mampu mencatatkan kelajuan muat turun mencecah sehingga 1.6Gbps. (kredit video: @GLKCreative)

Walaupun HUAWEI telah berhadapan dengan pelbagai kontroversi berhubung risiko keselamatan data sebagaimana yang telah dicetuskan oleh AS, ia dilihat masih mampu menjadi perintis dan sekaligus menerajui 5G RAN global.

Baca juga:

Korea Selatan Mencatatkan Lebih Daripada 900,000 Pengguna Rangkaian 5G

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend