Langganan Spotify Premium Family Berharga RM24.90 Kini Boleh Dibuat Melalui Celcom, Digi Dan Maxis Comments Off on Langganan Spotify Premium Family Berharga RM24.90 Kini Boleh Dibuat Melalui Celcom, Digi Dan Maxis

Diperkenalkan sejak Ogos 2019 yang lalu, Spotify Premium Family merupakan pelan yang menawarkan langganan Spotify Premium sehingga 6 akaun berbeza pada harga RM22.40 sebulan. Menariknya langganan bulan pertama akan diberikan secara percuma.

Jika sebelum ini Spotify Premium Family hanya boleh dilanggan menggunakan kad kredit/debit Visa atau Mastercard, kini pelan ini telah dibuka untuk dilanggan oleh pengguna Celcom, Digi dan juga Maxis. Namun begitu harga langganan melalui telco sedikit lebih mahal iaitu RM24.90 sebulan.

Walau bagaimanapun, langganan Spotify Premium Family ini hanya sah digunakan sekiranya pemilik akaun utama dan pemilik akaun tambahan merupakan ahli keluarga yang tinggal di alamat rumah yang sama. Malah pemilik akaun tambahan perlu mengesahkan alamat rumah ketika pengaktifan dibuat.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend