Labuan Adalah Lokasi Seterusnya Tapak Ujian 5G Comments Off on Labuan Adalah Lokasi Seterusnya Tapak Ujian 5G 265

Labuan bakal menjadi lokasi tapak ujian rangkaian 5G tidak lama lagi selepas Cyberjaya dan Putrajaya, kata Pengerusi Labuan Corp, Datuk Seri Amir Hussein.

Beliau berkata ujian teknologi mudah alih generasi seterusnya ini adalah sebahagian daripada projek Labuah Corp untuk meningkatkan sambungan internet di Labuan dan menukarnya sebagai lokasi pelancongan pada masa akan datang.

“Sambungan internet di Labuan perlu ditingkatkan, di sesetengah kawasan, rangkaiannya tidak stabil. Kami berharap dengan adanya 5G ini pada masa depan akan dapat membantu Labuan sebagai tempat pelancongan.”

“Mereka (SKMM) berjanji untuk membantu Labuan Corp menaik taraf dan melancarkan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Labuan tahun ini.” tambah Amir.

Amir berkata Labuan Corp juga telah meminta lesen istimewa untuk permohonan perkhidmatan daripada pembekal mudah alih dan pembekal internet mudah alih.

“Ini bakal melengkapi pelan sambungan fiber. Daripada 27 kampung, hanya 10 kampung yang mempunyai perkhidmatan unifi. Kami berharap kesemua kampung akan diberikan keutamaan selari dengan agenda kerajaan yang inginkan internet fiber meluas menjelang tahun 2023.”

melalui/sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend