Kualiti Audio Menggunakan Fon Telinga Pada Samsung Galaxy Note10+ Kini Dipertingkatkan Comments Off on Kualiti Audio Menggunakan Fon Telinga Pada Samsung Galaxy Note10+ Kini Dipertingkatkan 178

Samsung sangat peka akan perisian telefon pintar mereka dan sering mengeluarkan kemas kini terbaru kepada pengguna.

Terkini, peranti Samsung Galaxy Note10+ kami baru sahaja menerima kemas kini terbaru yang mana menurut log-gantian, kualiti audio menggunakan fon telinga dan sistem keselamatan peranti kini telah dipertingkatkan.

Pada masa sama, Samsung juga telah memasang tampalan keselamatan bulan September untuk Galaxy Note10+ ini. Memandangkan saiz perisian ini tidak begitu besar iaitu cuma kurang dari 160MB, kami boleh menganggap ia bukanlah kemas kini utama.

Jika peranti anda masih tidak memaparkan notifikasi kemas kini, anda boleh menyemaknya secara manual di ruangan Settings > Software update > Download and install.

Baca juga:

[Pra Pandang] Samsung Galaxy Note 10 / Note 10+, Ini Ciri Menarik Yang Kami Suka

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend