KPM Menangguhkan Semua Program Sukan Dan Aktiviti Kokurikulum Berikutan Isu COVID-19 Comments Off on KPM Menangguhkan Semua Program Sukan Dan Aktiviti Kokurikulum Berikutan Isu COVID-19

Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini telah memutusan agar semua program sukan dan aktiviti kokurikulum bagi bulan Mac 2020 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Semua warga KPM diingatkan agar mematuhi sepenuhnya Standard Operating Procedure (SOP) pengawalan penularan jangkitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh KKM.

Warga KPM juga dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan ke luar negara terutamanya ke wilayah atau bandar yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19 sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh KKM.

Penjagaan kesihatan diri yang baik juga perlu diamalkan oleh semua pihak pada setiap masa dan sekiranya bergejala, diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan.

sumber: Twitter/KKMPutrajaya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend