KPM Dan Astro Bekerjasama Untuk Siar Satu Lagi Slot Program TV Pendidikan Di Saluran Tutor TV Comments Off on KPM Dan Astro Bekerjasama Untuk Siar Satu Lagi Slot Program TV Pendidikan Di Saluran Tutor TV

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) telah bersetuju untuk bekerjasama bagi menyiarkan satu lagi Slot Program TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro.

Slot TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro akan mula bersiaran bermula esok (4 Mei 2020), dan ia akan disiarkan selama dua jam pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Waktu siaran Slot TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro:

  • Saluran 601 – 10 pagi hingga 11 pagi
  • Saluran 603 – 11 pagi hingga 12 tengah hari
  • Ulang siar di saluran 601 – 3 petang hingga 4 petang

Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian. Pendekatan ini akan dapat membantu murid yang tidak mendapat capaian Internet mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pasca PKP.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend