Kotak Pembungkusan Xiaomi Mi 6X Mengesahkan Penggunaan Pemproses Qualcomm Snapdragon 660 Comments Off on Kotak Pembungkusan Xiaomi Mi 6X Mengesahkan Penggunaan Pemproses Qualcomm Snapdragon 660

Pelbagai khabar angin tentang spesifikasi model Xiaomi Mi 6X telah tersebar di Internet, dan kini akhirnya Xiaomi telah mengumumkan bahawa model terbarunya itu akan dilancarkan secara rasmi pada 25 April 2018 (Rabu) di China.

Sebelum ini ada beberapa laporan berbeza yang mengatakan bahawa Mi 6X akan dioperasikan dengan pemproses MediaTek Helio P60, dan ada juga yang mendedahkan ia akan menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 626. Nampaknya teka-teki berhubung pemproses yang akan disokong pada model ini telah berjaya disahkan selepas kotak pembungkusan Mi 6X telah tertiris di Internet.

 

Melalui bahagian belakan kotak itu, Mi 6X telah disahkan akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660 AIE (Artificial Intelligence Engine). Xiaomi Mi 6X juga dipercayai akan menyokong kamera hadapan beresolusi 20 Megapiksel dengan bantuan AI, manakala kamera utamanya pula menyokong dwi kamera yang mana salah satu daripada lensa itu menyokong resolusi 20 Megapiksel.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Xiaomi Mi 6X menawarkan skrin 18:9 berukuran 5.99 inci dengan resolusi FHD+, bateri berkapasiti 2910 mAh, kombinasi pilihan storan sehingga 128GB + RAM 6GB, dikuasakan dengan platform Android One versi 8.1 Oreo, dan juga dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari yang terletak pada panel belakangnya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend