Kos Kamera Utama Dan Skrin Huawei P30 Pro Didedahkan, Termasuk Galaxy S10+ dan iPhone XS Max Comments Off on Kos Kamera Utama Dan Skrin Huawei P30 Pro Didedahkan, Termasuk Galaxy S10+ dan iPhone XS Max

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fungsi yang paling menonjol dapat dilihat pada Huawei P30 Pro sudah tentunya pada kamera utamanya yang menyokong sistem ‘LEICA Quad Camera’. Bahkan tidak dapat disangkal lagi bahawa penyediaan konfigurasi empat pada peranti ini adalah yang tercanggih boleh anda miliki pada sebuah telefon pintar.

Huawei P30 Pro merupakan telefon pintar pertama hadir dengan sokongan empat kamera.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh AppleInsider, sistem empat kamera (termasuk lensa ToF) pada Huawei P30 Pro dianggarkan menelan kos sekitar USD56 (kira-kira RM229). Selain itu, Samsung Galaxy S10+ yang memiliki sokongan tiga kamera pula dianggarkan berharga USD44 (kira-kira RM180), manakala iPhone XS Max yang hadir dengan dwi kamera menelan kos sekitar USD34.50 (kira-kira RM141).

Huawei P30 Pro menyokong teknologi lensa dengan modul periskop yang mampu menawarkan fungsi 5x zum optikal, 10x zum hibrid dan sehingga 50x zum digital.

Berdasarkan kos untuk kamera utama sahaja, Huawei dan Samsung masing-masing telah membelanjakan 1.9 kali ganda dan juga 1.4 kali ganda berbanding kos untuk kamera utama pada iPhone.

Dari segi kos pembuatan panel skrin pula, Huawei P30 Pro berharga sekitar USD110 (kira-kira RM450), manakala Samsung Galaxy S10+ dan iPhone XS Max pula masing-masing berharga USD125 (kira-kira RM512) dan USD120 (kira-kira RM491).

Walau bagaimanapun buat masa ini harga alat ganti untuk komponen utama Huawei P30 dan P30 Pro masih lagi belum dikongsikan melalui aplikasi Huawei HiCare. Jadi bagi mendapatkan senarai penuh harga alat ganti untuk peranti mercu Huawei ini, nantikan artikel berkaitan yang akan kami kongsikan pada masa akan datang.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend